Friday 8 November 2013

BERINGAT SEBELUM TERKENA!!

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Hye ols..lame dah tak menjenguk ke ruangan nih..bukan bermaksud aku lupakan korang tetapi kekangan masa dan tahap ke'malas'an aku amat2 la tinggi la ni..maaf la ye..huhuuu

Malam yang masih muda ni bersamaan dengan 4 muharram nih, amat2 lah menggegarkan mendetakkan jantung kami dengan kencang nya...mula2 petang tadi dalam jam 6.30 pm tu aku jalan kaki je ambik anak makcik kat taska dia..dekat je dengan umah kami ni ha..tyme OTW balik tu..sekali dengan asyrafi la kan, boleh pulak sekor anjing nih munculkan dirinya kat depan kami berdua..YA ALLAH! aku amat2 la terkejut..ye la kan..jarak anjing tu dengan asyrafi yang dok berdiri sebelah aku amat2 la dekat..lau berganjak je ke kiri selangkah kompom2 je dah tersentuh dengan benda alah tu..aku pulak terus jerit.." abang, cepat lari" tapi kan, gara2 terlalu terkejut, mulut je jerit tapi kaki macam terkene gam..stay je kat situ tanpa berganjak walau selangkah ke hape..nasib baik ade sebuah kereta tu kan..parents tempat aku keje..diorang nak ambik anak so, terus je dia berhentikan kereta kat depan kami berdua n then bukak pintu dari dalam dan jerit.. 'kila, cepat masuk! anjing tu..kat depan tu pun ade banyak jugak..baik masuk cepat!..' YA ALLAH, dengan terkocoh2 gelabah bagai, aku terus je tolak si asyrafi masuk kereta dan aku dengan buntut yang baru je cecah seat terus je tutup pintu..memang kelam kabut je tyme tu.. tangan pulak terketaq-ketaq..ye la kan..sekali aku jenguk kat luaq tu aku nampak anjing tu dah jelir2 lidah dengan air liur yang meleleh! huish! seram sehh!!

Sampai je kat umah, aku hantar la si asyrafi tu ..bukak2 je pintu terus pakcik aku (pak yak) gtau yang nenek baru je kene ragut kat deoan umah..nenek tyme tu nak ambik serai yang dtanam kat depan umah..tengah nenek dok tarik serai tu (sebab nenek xbawak pisau) ..ade sebuah motosikal yang dtunggang oleh 2 orang pemuda yang tak dikenali berhenti dekat nenek and terus rampas gelang tangan nenek..nasib baik nenek tak pakai barang hiasan yang lain..just gelang tanagan and cincin..tapi yang orang tu sempat ambik hanya lah gelang tangan..

Nenek gtau, tyme dia nak ambik serai tu (keluar umah) anak jiran dengan member nye ade je lepak kat depan umah sebelah..tapi xlame pastu diorang gerak la kan..biasa la budak2, petang2 diorang jalan la kan..tak lame pastu, moto dengan penunggang yang tak dkenali tu jalankan kerja terkutuk diorang tu..

hampeh sungguh! dengan orang tua berani je diorang buat cenggitu..dah tu tau2 je tyme tu budak yang dok lepak kat depan umah sebelah blah terus je diorang ambik kesempatan..tak de tamadun langsung! ni mesti tyme claz sivik dulu diorang tidur, ya dak.. lau tak, takde nye terjadi hal2 yang tak diingini sedemikian..

Malam tu, balik je pakcik and makcik keje (makcik balik lewat sebab diorang singgah kat IJN jap..melawat kenalan) terus je nenek gtau yang jiran belakang umah (kiranya dia orang yang berpengaruh kat area perumahan kami ni) suruh call sebab dia nak bincang pasal hal2 yang terjadi..sebelum tu dia dah ambik keterangan dari saksi (budak2 yang nampak kejadian) dn dengan kerjasama dan tanggungjawab as a jiran tetangga, dia cadangkan untuk buat laporan polis..bukan tujuan nak dapatkan kembali gelang tersebut tapi sebagai langkah berjaga-jaga la kan..ye la..walaupun kita tak dapat balik barang tersebut tapi at least pihak polis boleh la buat sebarang tindakan seperti memfokuskan kawasan2 yang berisiko or yang sewaktu dengan nya..ye la..kat area kami ni banyak budak2 kecik..sekali dengan tadika taska yang lebih kurang ade 4 buah..mesti la kene lebih berjaga-jaga la kan..ape pon, pihak berkuasa perlu dmaklumkan untuk mengelakkan sebarang kemungkinan di kemudian hari..at least ade record la kan kat sana..walaupun korang anggap itu hanya lah perkara yang kecik..tapi itu melibatkan nyawa ok! ingin ku tegaskan di sini.. NYAWA!! haa, ambik kau!

Walaupun jiran sebelah kami nih ade cctv kat umah tapi dia takde kat umah ty,me nih..so, tak tau cctv diorang tu boleh nampak tak kejadian tu..lau nak tengok jugak, kene la tunggu diorang ade kat umah..kene tunggu esok lusa la baru diorang ade..sebabnye, diorang lastday celebrate deepavali..dah namanya indian la kan..semua jiran kami amat2 la peramah dan baik2 belaka..tapi dah kerana semua nya bekerjaya..so, sebab tu area kami nih agak sunyi tyme siang2 hari bekerja..

Ok! tyme nih, nenek dengan ditemani pakcik, makcik and encik taufik (jiran yang aku kata terpengaruh tu) pergi buat laporan polis..so, tinggal lah aku, asyrafi and pak yak kat umah..kita tunggu je la nanti..ini kerana, setiap perbuatan tu pasti ada hikmah dan balasannya..tak kira perbuatan tu hanyalah sebesar zarah dan tak terlihat oleh manusia yang serba kekurangan seperti kita tapi kita tak dapat nak sembunyikan dari penglihatan yang maha Esa! wallahualam!!

Lastly, di sini, ingin aku peringatkan tak kira tua muda kecik besau kaya miskin..kita nih kene la sentiasa berhati-hati tak kira kat luar mahupun dlm umah kerana sebarang kemungkinan yang tak terfikir dan tak tercapai dek akal kita mungkin akan berlaku tanpa kita dapat jangkakan, tanpa dapat kita elakkan..so, beringat sebelum terkena..jangan jadikan anda mangsa seterusnya..sama2 lah kita elakkan nya!

# beringat sebelum terkena!