Saturday 21 September 2013

Majlis Sambut Menantu : Ukhti Nor Shamila Budang

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera...

Firstly, i would like to share the pictures tyme wedding kak sha yang aku tulis kat entry barakallah ya ukhti aritu..aler, senior aku tyme poliku tu..

Jom layan...tapi tak lengkap sangat sebab ni je yang ade dalam simpanan aku..yang lain2 tu aku tak sempat nak mintak sebab majlis abis lewat petang..terus terus tu kami kemas kemas n rehat jap..dalam jam 9 malam pulak aku pack barang n balik umah kat kajang sebabnye keesokkannye tu aku keje..so, tak menyempat nyempat aku dah blah after tolong ape yang patut la ye..tak dok ey aku blah teruih tanpa nolong ye..gpun kene la tunggu sampei abis majlis sebab ey diorang yang arrive aku balik umah..thanks ye bang ngah, kak ngah, kak long n kak sha sebab hantar kila sampai umah..walaupun penat menguruskan majlis petang tu bang ngah sudi jugak ye drive tuk ngantar kila kat kajang yang perjalannya lebih kurang sejam.. dari sg.buloh - kajang.. syukran jazilan ya akhi n ukhti sekalian..jasamu dikenang..

pasangan mempelai yang dirai



bang chik, bang min, kak sha, kila

mempelai + achik




team WANIS CARE yang telah membantu bagi menjayakan majlis tersebut





giftdoor gurls


bunga mangga gurls plus giftdoor gurls




wif member bang min yang sama study kat jordan

kak long n his permata hati


ateh, ummi, bang min, kak sha, guest

me as her pengapit

c cute anak achik

semoga bahagia & berkekalan until jannah..insha'allah




Lastly, kila nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada ummi & ayah serta keluarga yang memberi layanan seperti keluarga sendiri walaupun kita hanya baru bersua muka buat pertama kalinya..namun, kemanisan ukhwah amat amatlah kila rasai..terasa diri ini seperti sudah lama kenal dengan kalian semua..subhanallah..


ayah & ummi



Ok lah..sampai di sini sahaja untuk kalini..insha allah, akan berjumpa dalam entry yang lain k..

p.s : doakan kesejahteraan blogger mamaisyah yang agak kurang sihat..semoga keadaan kembali
       seperti sediakala..amin3

To mamaisyah , get an enough rest ok..no stress2, makan banyak2..hihii










Sunday 15 September 2013

Barakallah Ya Ukhti






 Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera..
Apa khabar iman kalian..maaf, lama dah tak update..ini semua gara2 kekangan masa yang amat mencemburui diriku kini...

Ok, untuk entry kali nih..berkenaan dengan wedding seniorku tyme study kat poliku dulu..aku kenal dengannya melalui aktiviti yang diadakan di masjid poliku..aku bersyukur sangat mengenali dirinya kerana beliau banyak mengajar diriku erti ukhwah fisabilillah yang sebenar..namun aku terlalu lemah untuk terus istiqamah dengan sebaiknya..namun, aku berharap agar diriku diberi kekuatan untuk terus istiqamah..insya'allah..

"SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA

UKHTI NOR SHAMILA BINTI BUDANG 
dengan pasangannya
AKHI ABDUL MUHAIMIN BIN ABU BAKAR 

semoga Allah s.w.t sentiasa merahmati perkahwinan yang dibina until jannah..insya'allah
 
Barakallah walakuma wabaraka a'laik...
 23/08/2013 (Jumaat) merupakan tarikh keramat beliau diijabkabulkan dengan pasangan di Dalat, Mukah..Alhamdulillah, barakallah ya ukhti n akhi..semoga berkekalan..amin amin ya rabbal alamin..

"Kalau dah jodoh"..walau apapun berlaku, walau sejauh mana pun kita lari "kalau dah jodoh" walaupun hanya jumpa sekali dua..jodoh yang kuat dengan izin Allah s.w.t tetap jua akan bersatu dalam ikatan yang suci..

Mereka bersatu dengan izin Allah walaupun tidak mengenali antara satu sama lain..namun, tekad menerima ketentuannya setelah melakukan istikharah dalam masa yang singkat..Alhamdulillah..semoga mendapat barakah dengan terbinanya masjid yang amat disukai Allah s.w.t dan telah mengikut sunnah yang terpuji Rasulullah s.a.w..itulah kuasa Allah s.w.t dan manisnya bercinta selepas kahwin..moga dengan melangkahnya ke alam baru iaitu alam perkahwinan ini kalahnya syaitonirajim kerana gagal memusnahkan anak adam di bumi ini..

Ketika majlis di Dalat, Mukah Sarawak, aku tidak berkesempatan untuk menghadirkan diri..ini kerana kekangan masa yang amat amt tidak dapat dielakkan ditambah pulak dengan jarak kami yang jauh..
Di sarawak, majlis akad nikah dan persandingan belah pihak perempuan diadakan pada 23.08.2013 manakala majlis menyambut menantu di pihak lelaki, Alhamdulillah, aku berkesempatan untuk menghadirinya..

Majlis bagi pihak lelaki pulak telah diadakan di kampung sempak, sg. buloh tanggal 01.09.2013..walaupun berhadapan dengan masalah air gara-gara tumpah minyak di sg. selangor namun, berkat kerjasama ahli keluarga akhirnya majlis berjalan dengan lancar..dan para tetamu berpuas hati..alhamdulillah..syukur ya Allah..

Aku amat gumbira, bahkan merasakan ingin sekali aku menghadapi kehidupan seperti itu namun aku hanyalah manusia biasa..punya takdir yang telah ditentukan oleh-Nya dengan sebaik-baiknya semenjak di alam lohmahfuz lagi..namun aku tetap berdoa agar aku jua akan dikurniakan seorang imam yang akan membimbing aku ke jalan-Nya dan menerima aku serta keluarga seadanya..amin amin ya rabbal alamin.

Setelah bergelar suami isteri, sahabatku ini terpaksa berdepan dengan dugaan iaitu terpaksa berpisah buat sementara waktu..insya'allah untuk tempoh 6 bulan..bukan kerana persengketaan apatah lagi alasan2 negatif yang lain tapi tuntutan dunia dan akhirat..si suami terpaksa kembali ke amman,jordan bagi meneruskan pengajian yang perlu ditamatkan..insya allah, cuti semster yang akan datang sahabatku akan menuruti langkah si suaminya kerana si suami ingin membuat persiapan dan persediaan yang lengkap disana sebelum sahabat menyusul..

Ini kerana, si suami balik ke Malaysia untuk cuti semester dan menunaikan hajat untuk memperisterikan sahabat yang amat ku kasihi ini..semoga kalian tabah menghadapi dugaan dalam alam perkahwinan ini..bukankah PJJ (perkahwinan jarak jauh) ini amat memerlukan kesabaran yang tinggi..moga akan terhasilnya buah2 kemanisan yang akan dinikmati untuk masa hadapan di dunia dan akhirat..amin amin ya rabbal alamin..

Photo: Selamat Pengantin Baru Adinda AmMu Min & Nor Shamila Budang... Barokallahu lakuma wa baroka alaikuma wa jama'a bainakuma fi khoir... Semoga kekal bahagia hingga Jannah...

isteri cerdik yang solehah
penawar hati, penajam fikiran
dirumah dia isteri, dijalanan kawan
di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

pandangan kita diperteguhkan
menjadikan kita, tetap pendirian
ilmu yang diberi dapat disimpan
kita lupa, dia betulkan

dia umpama tongkat si buta
bila tiada suatu kehilangan
dia ibarat simpanan ilmu 
semoga kekal untuk diwariskan