Wednesday 22 October 2014

GEJALA HARI RAYA..NAUZUBILLAH MINZALIK

Assalamualaikum w.b.t and salam sejahtera ols!

Apa khabar iman dan jasad kalian..moga2 sentiasa sihat dan bahagia senantiasa ye..

Lama dah ye aku tak menghupdatekan blog nih..cian kan kat korang.. korang kesah ke??pasan pulak aku nih! argh! persyaitonirojimkan..layan jee~ asyik entry yang lama je kan..ok2..

Baru2 nih, aku balik kampung la kan sempena AIDUL ADHA  haritu.. balik pulak bukannya kat kampung halaman sendiri..takde duit seh nak beli tiket kapalterbang..bajet lari balik kampung pakcik je la..so, sempena cuti raya korban tu, TASKA BMKC tutup selama 1 hari iaitu isnin, so, dapatla balik kampung 3 hari termasuk sabtu tu..geraknye sabtu pagi dalam jam 8 pagi gitu..

Nak dijadikan ceghita, perjalanan yang hanya mengambil masa selam 3 ke 3 jam setengah boleh pulak cecah sampai 10 jam..padahal jauh mane je kan perak tu..nak2 bandar taiping tu je..

Haa, mesti korang ingat kami bawak kereta 20km/h je kan..tak de makno ey! mula2 perjalanan tu elok je kan..dah namanya highway..takde nye orang nak bawak 60km/h kan..bile nak sampainye? so, perjalanan elok je dari kajang ke rawang.. sempat jugak singgah kat petronas tu sekejap sebab nak terkuncil segarkan mata dan yang sewaktu dengannya..

Malang tak berbau, seperti sebelum2 ni perjalanan balik kampung sempena raya seringkali dikaitkan dengan berita2 yang agak memilukan menghiris kalbu..sinonim dengan itu, tidak terlepas pulak dengan raya kalini..dah ajal maut dtangan ALLAH s.w.t, kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berusaha, berdoa dan tawakal berlindung darinya kena terima dengan hati ynag redha.. (-_-)' disebabkan takdir itu, laluan PLUS ke utara sesak berikutan berlaku kemalangan yang melibatkan sebuah lori treler dan beberapa buah kenderaan di Kilometer 256 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berdekatan Terowong Menora di Ipoh. Kemalangan itu meragut 2 nyawa dan seorang parah.. INNALILLAH WA INNA ILAIHI ROJI'UN dan menyebabkan berlakunya kesesakkan sepanjang 13km. Oleh itu, pengguna dinasihatkan memasuki Tol Ipoh dan keluar ke Tol Kuala Kangar.








Selain dari kejadian ni..berlaku jugak kemalangan di beberapa tempat..tak silap aku ade kat johor yang melibatkan seorang mualaf wanita yang baru sehari melafaskan syahadah, n.9 bapak dengan anak eksiden motor meninggal, budak lelaki IPT kemalangan tapi syukur cedera je kat kepala gara2 kanvas terbang kat tengah jalan kat lebuhraya plus, jammed terok kat semenyih and banyak lagi..

Balik dari raya tu aku naik bas je sebabnye family makcik pakcik masih dok kampung..diorang cuti lama siket..so, aku naik bas je..ingatkan jalan elok je..rupanya jammed jugak tapi tak seteruk tyme balik kampung haritu..tapi makan masa 5 jam jugak le perjalanannye..sampai2 je kat hentian kajang member dah siap tunggu..btw, thanks to kak ida and husband 'coz sudi jemput aku..bukan aku sesaje nak menyusahkan tapi aku memang tak reti and tak pernah nak naik teksi lebih2 lagi bas sapu camtu sensorang..takut seh! maybe kalo aku berteman tyme tu boleh je aku nak naik public trans tu..

Syukur Alhamdulillah, Ya Allah (^_^)v

Kesempatan nih aku nak wish "have a nice and mostly happier parents-to-be kat kak ida and husband" jangan dok kasar sangat geraknye tu..semoga semuanya berjalan dengan lancar and selamat sentiasa..