Sunday 27 September 2015

Politeknik Kuching Sarawak

Assalamualaikum

Setelah sekian lama aku melangkah meninggalkan zaman belajar..ceh! siap berzaman mak ekau!
hahahaha
takde lah..tapi kan ade la dalam 3 tahun jugak la aku tak jejak poliku.edu tu..last sekali Nov 2012 kot..haa, korang nampak tak kat situ..siap ade perkataan 'kot'..itu menunjukkan tahap daya ingatan aku masa last paper dulu tu dah merudum jatuh..kalo bahasa kasar nye 'nyanyuk'..nyanyuk di usia I yang masih muda lagi ek..huuhuu

Ha, tujuan aku bukak entry ni sebabnye baru-baru ni aku menjejakkan kaki balik kat poliku.edu tu..
Oh my..ko sambung study ke kila?? oh..ohh no! bukan lah uols..tujuan aku ke sana sebab nak uruskan sijil diploma aku yang hilang..huhuuu
tapi kan..niat di hati memang la nak sambung study lagi..tapi kena tangguhkan dulu niat yang murni tu..kena fikirkan komitmen sekarang..haa, korang jangan ingat orang bujang trang tang tang bebas dari sebarang komitmen hidup ek! tolong siket!

So, bersempena 16 Sept yang kita semua tau..cuti kan..aku ambik peluang untuk balik kampung direct 16-20 Sept.. mak aku pulak ingat aku balik cuti awal sampai raya haji kat kampung..huuhuu..sedihh! tak dapat nak cuti lama mak..cuti sebelum raya ni pun aku dah syukur sangat sangat..

Rabu aku balik tu aku keluar dengan Dayang and Alice sebab diorang yang amik aku kat airport pagi tu..sampai-sampai je kat airport Alice dah hulurkan sarapan (thanks a lot beb!)..lepas siap makan Dayang pulak suruh aku drive..dengan alasan dia tak confident nak drive jauh-jauh..haa, korang jangan tak tau..meh sini aku nak habaq sikit..Dayang ni walaupun dah berkereta sendiri dia masih kurang keyakinan diri nak drive jauh-jauh..hari tu pun nasib ade Alice untuk bagi semangat kat dia nak drive sampai ke airport..kalo tak memang tak dan laa..

Rabu tu memang kami pulun habis keluar bersama ke pantai, mall, ziarah member tu ziarah member ni..hahahaa..balik-balik je jam dah 8.30 malam..bertuah tak bertuah punye anak..orang lain kalo balik kampung pi hantar barang dulu kat umah..aku pulak habis merata merayau baru ingat ke rumah..huhuu..sengal tak sengal!

Khamis nye pulak lepas hantar adik pergi kerja pagi tu aku pergi klinik gigi sebab nak tampal gigi. Kata nya nak tampal tapi aku tukar nak cabut pulak sebab kalo nak tampal kena buat temujanji..temujanji pulak kalo nak paling-paling pun bulan 11(November)..lama tak lama nak tunggu nye..risiko untuk gigi aku bertambah rosak sementara nak tunggu tarikh tu amat lah tinggi..So, aku ambik jalan pintas dengan cabut je la walaupun doktor dah larang sebab gigi aku masih sihat and elok..just lubang kecil je..So, dengan kedegilan aku..aku decide untuk cabut je dan kerana kedegilan aku, memang agak sukar jugak la nak cabut gigi tu sebab memang masih kukuh tak nak tanggal-tanggal..

Jumaat nye pulak pagi-pagi lagi aku terpaksa bersiap untuk ikut sepupu aku Kak Ijan pergi kerja..bukan sebab aku terlebih rajin nak tolong dia buat kerja kat offfice..cuma aku yang nak mintak tolong dia teman kan aku pergi urus sijil diploma aku yang hilang tu..sebenarnya yang mnghilangkan sijil aku tu adik dia tapi kerana adik dia( Saiful) outstation jadi dia yang volunteer temankan aku untuk buat report polis and pergi berurusan dengan pihak Politeknik Kuching Sarawak.

Pagi tu aku ikut Kak Ijan masuk ofis..lepas dia siapkan kerja yang ada dia temankan aku pergi buat report kat Balai Polis Sentral Kuching. Setelah membuat laporan and pihak polis keluarkan laporan bertulis, laporan tersebut aku bawak kat poli untuk dikepilkan bersama borang permohonan gantian sijil diploma yang hilang berserta bayaran RM50.00.

Oleh kerana hari Jumaat and seperti yang kita sedia maklum, ofis akan ditutup jam 11.30am. So aku sampai kat pejabat pentadbiran Bahagian HEP jam 10.15am and pihak HEP arahkan aku pergi ke Unit Peperiksaan..nak dijadikan cerita aku sampai je kat situ and tekan loceng kerani kat situ tanya kenapa and aku cakap la yang aku nak buat permohonan sijil diploma yang hilang..dia suruh aku isi borang yang perlu aku print out dari laman web sebab diorang dah kehabisan borang tu..aku dengan kelam-kabut menapak la ke cybercafe yang terletak nun di kawasan hostel..jauh nau! dah memang nasib aku kot..punye lah lama menunggu giliran gara-gara ramai student nak print kertas kerja diorang last-last sampai giliran aku boleh pulak lecture yang duty hari tu tegur aku nape online..Ya Allah! dah tu ape function internet kat cybercafe kalo tak digunakan untuk online inche' oii.. aku pulak buat donno je..lect tu tengok je aku..and line tenet time tu memang tenat kot..ciput je dia nak loading..makin la orang tu galak tegur aku suruh aku bagi laluan kat student dia dulu..tapi aku kan degil..aku tunggu jugak and time nak print tu boleh pulak printer aku tu jammed..bukan sebab tak ade paper tapi gara-gara budak before aku tu letak paper sumbat-sumbat camtu je sebab tu printer tu jammed..aku menggelabah la jugak mula nya..tapi aku calm down and try keluarkan semua paper and masukkan balik..lastly, done! print ok and aku pergi kaunter untuk bayar..

Masalah lain pulak timbul lepas tu..gara-gara stuck kat cybercafe tu aku sampai balik kat unit exam jam 1125am..OMG! sekali aku sampai kat depan pintu CLOSE! . stress giler aku..dah lah kalo nak tunggu bukak nye jam 2pm nanti..tak kan aku nak tercongok kat situ 2 jam lebih kot..agak-agak la kan..kalo nak keluar makan pun kat kantin je tu yang terdekat..poli dengan pekan amatlah jauh..makan masa setengah jam jugak..malas pulak nak ulang alik..kalo ulang alik kompom-kompon sejam masa terbuang..So, aku try mintak tolong kat bekas Penasihat Akdemik aku dulu (Encik Ermizam).. Alhamdulillah, dia boleh tolong aku passed kan documents tu kat unit exam minggu depan sebab dia pun tengah busy jugak..aku pulak say no problema la sebab nak tak nak aku kena iya kan je la..kalo tak terpaksa aku sendiri tunggu sampai office hour balik la kan..

Haa, untuk pengetahuan korang jugak aku tengok banyak perubahan dah kat poliku tu..dulu jalan dia dua hala tapi sekarang ni dah jadi sehala..so, kalo nak keluar tu memang nak kena pusing satu kampus tu merangkum bilik kuliah, makmal, bengkel, bangunan jabatan and pejabat pentadbiran yang gedabak tu..kalo tersalah masuk lorong memang nak kena tawaf balik la..nak reverse boleh tapi pastikan line clear..kalo tak ha, ko jawab la sendiri! (sebab 1:terlanggar kereta orang, sebab 2:berlakunya kesesakan lalu lintas, sebab 3: kena marah dengan guard yang bertugas/merayau sentiasa)

Balik dari Poli tu pergi ofis Kak Ijan..Kak Ijan buat kerja dia aku buat tak tau je dengan majalah solusi yang ada kat meja dia tu..nak baca novel tak dapat la pulak sebab aku balik kampung sah-sah tak bawak novel and Kak Ijan pulak bukan nya kaki novel macam aku..kalo ade buku pun jenis islamik-islamik je sebab dia bekerja pun Bahagian Kaunseling (BAKA) ; Hal Ehwal Islam di Ibu Pejabat Polis Sungai Maong..haa, korang agak-agak dia ada ke koleksi novel tak pun cerita cinta semua tu? paling-paling pun atas meja dia fail-fail kerja, majalah solusi, tafsir, buku-buku islamik je yang lain-lain tu NON-ADO!

Nak pinjam PC dia pun aku tak berani..bukan ape..aku tengok dia bukak kalo blog pun macam berkaitan dakwah2 je..tapi ada satu blog ni Kak Ijan and the geng memang jadi pengikut setia..Kak Ijan kata ayat penyampaian and cara owner tu berdakwah sempoi je..kalo korang nak tau boleh la sportcheck sendiri blog Inche Gabbana.

Hari tu aku sampai kat umah dekat jam 7pm sebabnye jalan jammed teruk.Kak Ijan kata memang dah jadi kebiasaan..pagi Isnin and petang Jumaat memang akan jammed teruk..otw balik tu kami singgah kat Hospital Jantung sebab nak ambik adik Kak Ijan yang kerja kat situ.Dari Hospital Jantung tu Alhamdulillah jalan ok sampai la ke rumah..balik je rumah mak aku rupanya dah siap masak..aku dengan semangat nye ambik pinggan and makan..tak lama lepas tu Syikin sampai terus joined aku sekali..mak aku just geleng kepala je sebab anak dara dia dua orang ni dengan perangai tak semenggah nye (tak mandi) terus makan..dah kenyang tu baru cepat-cepat mandi sebab tak maghrib lagi..hahaha

So, moral of the story :-
*jangan terlalu percaya kat orang yang rapat dengan korang sampai-sampai dokumen penting (sijil diploma original) pun diberi..berpada-pada sentiasa..jangan jadi macam aku..itu yang pakcik aku tegur, patut la setiap kali aku interview tapi tak lepas lebih-lebih lagi salinan sijil diploma pun aku takde(salah satu sebab) sebab mesti compay tu fikir aku ade masalah disiplin/hutang tak langsai/tak habis belajar/menipu/dll sebab aku gagal untuk tunjukkan sijil diploma masa ku mintak kerja gred N27.Sekarang ni aku just mohon kerja menggunakan sijil SPM je sebab nak kena tunggu sijil diploma yang baru keluar baru la aku boleh mohon menggunakan gred berpatutan..


Saturday 14 March 2015

3 Bulan Yang Lepas Punye Cerita



Assalamualaikum 

Pejam celik pejam celik dah masok bulan 3 tahun 2015 nih..lebih-lebih lagi tinggal kurang sebulan je lagi nak masok bulan 4 which mean GST akan terlaksana..
baru2 ni, aku dengar cerita dari member sekerja yang kat area kl, masjid india tu kecoh dengan himpunan untuk bantahan tentang perlaksanaan GST tu..mantan PM kita pun sarankan supaya dibatalkan je perlaksanaan tuh..

aku pun kureng setuju dengan perlaksanaan gst, memang la diuar-uarkan yang gst tu bukan dikenakan kat pengguna..rakyat secara tidak langsung walaupun ianya hanya dikenakan ke atas para pengusaha and yang berkaitan..TETAPI! secara tidak langsung, para pengguna/pembeli akan turut terlibat secara tidak sengaja. Ini kerana, pangguna/pembeli akan di'charge' secara halus..seperti mana dengan tax yang kita perlu bayar kat rest.makanan segera like kfc,pizza,md and so on la kan..kita tau, tapi kita beli jugak..dah lumrah manusia..tolak2 tapi tetap jugak menyumbang..huhuu

K2! aku tak nak masuk campur sangat.. gpun aku bukan nye reti sangat hal-hal dunia nih..selalu nye aku tau pun melalui member sekerja yang giat dok kongsi berita dunia terutamanye part harga minyak naik,gst,MRR2, ade mall baru, itu ini..and pape je la..ini disebabkan aku tak tengok tv and its mean aku tak tau sangat perkembangan sekeliling kecuali kalo ade orang yang dok cerita kat aku or aku terdengar orang bergosip bagai..hahahaa..ketinggalan sungguh diriku ini..



Kali nih, setelah sekian lama menyepi, aku nak share la sikit aktiviti yang aku buat untuk beberapa bulan yang lalu dalam tahun ni la kan..ini kerana tahap kemalasan untuk aku online amat2 la ditahap yang kritikal ya amat! hinggakan part nak transfer duit secara online pun aku  serahkan kat makcik ku yang terajin di rumah..hahhahaa..ko nampak tak kat situ tahap kemalasan aku camne??hihii
kalo part handphone abes bateri pun memang tak lepas..kompom terjadi punye! sekali aku check hp..aik! nape gelap je? sekali tekan2 butang..haish! rosak dah ke? ingat2 balik bila last cas hp and try cucuk charger..boleh pulak! ha! ko nampak kat situ? sampaikan makcik pakcik aku sarankan..dah! tak payah ko nak berhanphone la sangat..ade benda alah tu pun bukan reti nak jaga, kadang-kadang aku lupa letak kat man..tu boleh g nak buat miscall..yang tak leh tahan tu..kekadang aku terlupa nak simpan kat dalam beg kalo dah abes keja tu..sekali malam, kalo dah nak tido tu aku nak la jugak kan..cek kot-kot ade msg ke kan..sekali cari punye cari tak jugak jumpa..ingat-ingat balik tempat last aku letak..rupa-rupanya tertinggal kat tempat kerja..huhuu.. oh my bad!huhuu

Hari ni pulak, dengan tahap kerajinan yang boleh la..boleh laa..aku try nak tambahkan entry untuk tahun nih..first entry untuk tahun 2015! ko paham!! padahal tahun 2015 dah masuk bulan ke 3!.. Ya Ampun ko ni Kila! dah kenapa!

OK! berbalik ke cerita asal!

Mula-mula sekali aku nak cerita sikit start dari awal tahun sampai laa ni naa..yang aku ingat je la..yang tak ingat tu kiranya halal je la ye..hihiii


#dinner 

dinner with majikan and member sekerja

#dinner 2

sponsor by Encik Mustapha & Puan Nawar

dinner with nawrah & muslih family

with sha,k.ema,k.lai,nawrah,muslih,k.faz,en.mustapha,k.nawar
and eyka(baju merah : yang snap the pict)
dinner2 ni sume kami buat sempena member nak kawen (kak lai) and member yang nak berhenti kerja which is kak ema (sebab dah abis cuti sem kat UPSI), sha (sebab nak cont. dip kat poly kelantan), kak faz (balik kampung tolong family uruskan TASKA kat kok lanas). so, sekarang nih tinggal aku and kak lai,(as a pekerja lama) pastu eyka yang baru masuk and lini.





#Sunway Lagoon



Ni aku p bercuti dengan family kak sue..bercuti sempena nak celebrate adik dia cum member sekerja aku kat bondamama.. sha ni nak berhenti kerja sebab nak cont. study kat poly kelantan tu..mohon jurusan fesyen camtu..sekali dapat pulak IT.. dah try mintak tukar, dapat pulak seni bina..so, kami sarankan amek seni bina je la..aku pun minat part tu..haish! ape kaitan pulak dengan aku kan..huhuu



ha..ni la sha, berusia 19 tahun pada tahun nih! 
ko nampak tak plastik2 kat tangan ku tu? ha, tu la sarapan kami before masuk kat dalam tu.. as ols of u know la kan, nak masuk tu, TAK BOLEH bawak makanan! so, kami berkelah la kat area kaunter tu belah tepi tepi sikit untuk jamu selera..mula tu nak tunggu family member yang lain..tapi lambat sangat.. so, kami duluan la ye..
selain family kak sue..yang join kami sekali family adik kak sue..aku tak de simpan pict kami sume..aku ade sekeping dua je..so, maap ye..tak dapek den nak kepilkan kat sini..huhuu

ni je yang ade kat aku..yang aku rasa boleh laa..boleh laa..tu pun pict before kami mandi manda..pict yang naik itu naik ini memang aku tak ambik! kite ni kan, kalo dah focus ngan bejalan and benda sekeliling, sampai tak sempat nak pegang hp dah..itu la yang aku rasa sekarang nih! aku dah kureng dengan hp nih..tak tau nape!





ermm..aku rasa, takat ni je la kot untuk entry kali ni..selain dari aktiviti di atas seperti yang aku dok canang kat korang..ade lagi aktiviti lain yang aku buat and yang aku ingat..cumanya lah kan..aku rasa tahap kerajinan and semangat aku nak menaip and berdendang sayang ni dah merudum..bukan sebab mood aku terganggu dek hal-hal yang emosional lah sangat..tetapi entah!..k lah ye..bye!hehehe...cam kuang ajo je ayat last aku tu ye..maap la korang ya! hihii..daaa





Wednesday 22 October 2014

GEJALA HARI RAYA..NAUZUBILLAH MINZALIK

Assalamualaikum w.b.t and salam sejahtera ols!

Apa khabar iman dan jasad kalian..moga2 sentiasa sihat dan bahagia senantiasa ye..

Lama dah ye aku tak menghupdatekan blog nih..cian kan kat korang.. korang kesah ke??pasan pulak aku nih! argh! persyaitonirojimkan..layan jee~ asyik entry yang lama je kan..ok2..

Baru2 nih, aku balik kampung la kan sempena AIDUL ADHA  haritu.. balik pulak bukannya kat kampung halaman sendiri..takde duit seh nak beli tiket kapalterbang..bajet lari balik kampung pakcik je la..so, sempena cuti raya korban tu, TASKA BMKC tutup selama 1 hari iaitu isnin, so, dapatla balik kampung 3 hari termasuk sabtu tu..geraknye sabtu pagi dalam jam 8 pagi gitu..

Nak dijadikan ceghita, perjalanan yang hanya mengambil masa selam 3 ke 3 jam setengah boleh pulak cecah sampai 10 jam..padahal jauh mane je kan perak tu..nak2 bandar taiping tu je..

Haa, mesti korang ingat kami bawak kereta 20km/h je kan..tak de makno ey! mula2 perjalanan tu elok je kan..dah namanya highway..takde nye orang nak bawak 60km/h kan..bile nak sampainye? so, perjalanan elok je dari kajang ke rawang.. sempat jugak singgah kat petronas tu sekejap sebab nak terkuncil segarkan mata dan yang sewaktu dengannya..

Malang tak berbau, seperti sebelum2 ni perjalanan balik kampung sempena raya seringkali dikaitkan dengan berita2 yang agak memilukan menghiris kalbu..sinonim dengan itu, tidak terlepas pulak dengan raya kalini..dah ajal maut dtangan ALLAH s.w.t, kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berusaha, berdoa dan tawakal berlindung darinya kena terima dengan hati ynag redha.. (-_-)' disebabkan takdir itu, laluan PLUS ke utara sesak berikutan berlaku kemalangan yang melibatkan sebuah lori treler dan beberapa buah kenderaan di Kilometer 256 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berdekatan Terowong Menora di Ipoh. Kemalangan itu meragut 2 nyawa dan seorang parah.. INNALILLAH WA INNA ILAIHI ROJI'UN dan menyebabkan berlakunya kesesakkan sepanjang 13km. Oleh itu, pengguna dinasihatkan memasuki Tol Ipoh dan keluar ke Tol Kuala Kangar.








Selain dari kejadian ni..berlaku jugak kemalangan di beberapa tempat..tak silap aku ade kat johor yang melibatkan seorang mualaf wanita yang baru sehari melafaskan syahadah, n.9 bapak dengan anak eksiden motor meninggal, budak lelaki IPT kemalangan tapi syukur cedera je kat kepala gara2 kanvas terbang kat tengah jalan kat lebuhraya plus, jammed terok kat semenyih and banyak lagi..

Balik dari raya tu aku naik bas je sebabnye family makcik pakcik masih dok kampung..diorang cuti lama siket..so, aku naik bas je..ingatkan jalan elok je..rupanya jammed jugak tapi tak seteruk tyme balik kampung haritu..tapi makan masa 5 jam jugak le perjalanannye..sampai2 je kat hentian kajang member dah siap tunggu..btw, thanks to kak ida and husband 'coz sudi jemput aku..bukan aku sesaje nak menyusahkan tapi aku memang tak reti and tak pernah nak naik teksi lebih2 lagi bas sapu camtu sensorang..takut seh! maybe kalo aku berteman tyme tu boleh je aku nak naik public trans tu..

Syukur Alhamdulillah, Ya Allah (^_^)v

Kesempatan nih aku nak wish "have a nice and mostly happier parents-to-be kat kak ida and husband" jangan dok kasar sangat geraknye tu..semoga semuanya berjalan dengan lancar and selamat sentiasa..

Friday 12 September 2014

WASPADA!

Bismillahirahmanirrahim..Assalamualaikum w.b.t and salam sejahtera ols!

Setelah sekian lama menyepi diri..(ceh!ayat macam nak mintak penampo sebijik!) malam ni dengan tahap kerajinan yang amat2 ciput aku nak jugak share bende ni kat uols..just untuk reminder kat diri and kat korang jugak la ye..

Alkisahnye cengghini, minggu lepas balik je dari kerja aku n family bersiap-siap nak ke umah member opis makcik pakcik sebab akak tu(member diorang ler) nak ke tanah suci bagi menunaikan rukun Islam yang ke-5 tu..Alhamdulillah..sampai seruan and dapat jemputan dari Allah s.w.t yang maha Esa untuk berkunjung di tempat-Nya..


KES 1 :PECAH CERMIN KERETA

Masa kejadian (03/09/2014:Rabu:8.55pm)
So, otw nak ke umah akak tu, kami lalu lah satu traffict light ni..terletak di area saujana impian,kajang sebabnye tempat yang kami nak p ni sg.ramal tu je..
Masa lampu merah tu, aku pelik jugak la kan orang tu tilik2 kat kereta kami..pastu dalam sekelip mata je aku nampak cermin kereta kat sebelah kanan kami part penumpang depan tu pecah..aku kira dalam masa lebih kurang 3saat je benda tu berlaku..tyme2 tu jugak lampu bertukar hijau..pelaku tu pulak slumber je dia..takde pulak pejut laju2 tyme lampu hijau tu..rileks je tapi tyme kami nak kejar tu boleh hilang sekelip mata..macam pelesit je..ghaib entah ke mana..kalo ikut kan hati pakcik nak langgar je moto tu tapi sukar sebabnye depan kami tu ade van yang macam hape entah..tak gerak2..maybe dia tak perasan ape dah berlaku kat sekeliling(sebelah) dia kot..pakcik siap tekan minyak dah..rasa aku maybe orang yang ade kat situ majo nye tak perasan sebabnye benda tu berlaku dalam masa yang terlalu singkat..aku pun tak tau pelaku tu guna ape kan untuk pecahkan cermin kereta tu sebabnye dengan sekali hentak je cermin ti pecah berlubang..nasib baik cermin tu ber'tinted' kalo tak memang dah lerai habis dah..yang kami perasan pelaku tu 2 orang, naik motor yamaha 125z..tp no plat x nampak...gelap!
Dari dalam kereta je kami nampak yang mangsa tu tergamam and her husband pun blur dengan situasi tersebut..dia keras je kat situ walaupun lampu dah hijau..aku nampak gurl tu sempat menyengetkan badan n kepala ke area pemandu..aku rasa kalo tak sempat elak kompom2 dengan kepala2 orang tu sekali yang kene hentak! lagi la teruk jadinye..nauzubillah!


KES 2:CURI KERETA + BELASAH

Semalam pulak (11/09/2014:Rabu:7.30am)
Tyme tu opkos la orang tengah sibuk2 nak ke tempat kerja la, nak hantar anak ke sekolah la tu la ni la kan..walaupun dengan kesibukkan di jalan raya yang tak pernah lengang tu, tidak terlepas jugak akan berlakunya hal2 yang sedemikian iaitu kes samun.
Tapi kalini berat siket. sebabnye yang kene tu makcik dalam lingkungan 40-an pas hantar anak kat sekolah. ceritanya, makcik tu baru je hantar anak dia ke sekolah pastu buat u-turn kat depan kajang perdana belah tangki air ni nak ke area semenyih tu. makcik tu dok area sg.chua..so, pas drop anak dia kat sekolah makcik tu nak ke tempat kerjanya di semenyih tu..tyme makcik tu nak buat u-turn, kereta dia kene langgar dari belakang. makcik pulak berhentikan keretanya kat tepi jalan tu (highway ok!) and makcik tu bukak la cermin siket. dan2 tu jugak makcik tu kene tumbuk and kene tarik keluar dari kereta oleh si penyamun penyangak yang tak bermoral tamadun tu ke depan kereta. makcik tu kene belasah kat kepala, badan, belakang, pinggang sehinggakan makcik tu tak mampu nak berdiri and terduduk je kat tepi jalan setelah kereta dan semua barang2 disamun. tinggal la makcik tu sehelai sepinggang dengan kepala berdarah..
Pakcik and makcik pulak baru je keluar dari area perumahan kami ni and terlihat akan kejadian..mula2 tu diorang tak perasan la kan..ingatkan eksiden je..sekali makcik nampak 3 orang lelaki dengan tangan and kaki terangkat2, makcik pun hairan la kan..takkan eksiden sampai angkat tangan kaki kot..pelik je..sekali perhati betul2 rupa2nya tengah dok belasah orang..ape lagi, pakcik terus tekan hon macam tak hengat sebab nak bagi pelaku tu tau ade orang nampak akan kejadian. so, pas tau je orang perasan, pelaku tu terus je pecut lari dengan kereta putih dan kereta curi(kereta makcik tu) kereta mangsa honda CRV baru plate no WA284 L warna kelabu gelap. so, if korang ternampak ke terjumpa ke ter ter ke just inform kat polis bagi membantu siasatan la ye..latest, kami dimaklumkan oleh makcik tu yang pihak polis sudah menjumpai handbag mangsa di tepi jalan area cheras. tu je! yang lain2 tu non-ado wat masa nih..doa2kan la ye moga kes tersebut selesai dengan secepatnye and pelaku tu akan terima balsan yang setimpal dengan perlakuan dia tu!



#p/s : INGAT! walaupun terlepas di dunia, akhirat kelak akan tetap dituntut yo!
        : berINGAT la sentiasa..karang nih aku macam rasa cuak jugak nak pergi kedai malam2..takut la
          kan..bukan boleh di jangka pun bende camni..mohon perlindunganmu ya RABB!

Friday 29 August 2014

SALAM ZULKAEDAH



 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tanggal 31, bulan 8 57
Merdeka merdeka, tetaplah merdeka
Ia pasti, menjadi sejarah

Tanggal 31, bulan 8 57
Hari yang mulia, hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warganega
Ramai2 menyambut Hari Merdeka
MERDEKA!

31 bulan 8 57
Hari mulia, negaraku merdeka
Merdeka, Merdeka, Merdeka..MERDEKA!


Wah! semangat sungguh na..walaupun lagu tu dh berkurun lamanya namun kita tetap mengabadikan lagu tersebut dan sentiasa menjadi lebih bersemangat dengan mendengarnya. Lebih-lebih lagi kalau kita turut serta menyanyikannya walaupun dengan suara yang sekadar kita2 je yang dengar.

Alhamdulillah..negara kita MALAYSIA telah dan sudah mencapai kemerdekaan (bebas dari jajahan : british, jepun,) genap 57 tahun (pada 31.08.2014:Ahad) dengan temanya "Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" dengan mengimbau Memori Chow Kit Road berlatarkan lagu WARISAN nyanyian Allahyarham SUDIRMAN HJ ARSHAD. Selain itu, terdapat juga beberapa lagu lama yang diberi nafas baru oleh penyanyi pelapis seperti black, hazama dan ramai lagi.



http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/wp-content/uploads/2014/08/10620997_731289150253183_1619469660_n.jpg

Pada tarikh keramat kemerdekaan negara kita Malaysia ini juga, terselit juga akan ulangtahun kelahiran akak aku yang sulung..Alhamdulillah, bersempena dengan merdeka ke-57 ni akak aku genap berusia 27 tahun..sebelum nih dia sambut dengan kami2 je(mak,bapak,kami adik beradik) tapi special pulak untuk tahun nih kerana my eld sis sambut with his own family. Its means dengan my akak and his seben(suami) and also his newson..hahaha..

#Harapanku dan doaku agar ko (nisa) always success to guide your own family and ur son's to be..INSHA'ALLAH..and for those information, his son is the first cucu lelaki and being cucu ketiga in our big family, also budak lelaki yang kedua dalam family kami setelah budak lelaki yang pertama disandang my only lil bro, Aiman 12 y/o. Wah! memang kopak abes tyme raya tuh..sebab first ade baby boy pas adikku kan3..hohoooo  T_T

-------------------------------------------

Di tempat kerja aku pulak, kami akan adakan birthday party untuk kanak2 yang lahir bulan may, june, july and august pada Jumaat (29/08) nih..ini kerana untuk tahun ni kami hanya adakan 3 kali sambutan hari lahir untuk setahun..so, for the second batch ni, ramai pulak budaknya..pas tarik tolak campo buang akhirnya dapat la 17 orang..wah! kopak la my bosses tuk belikan hadiah ye..HAHHAA..xpe, biasa la budak2 mesti diorang seronok dua ronok kan kalau diraikan..(aler, macam kita jugak!.. jangan x ngaku ek!)

Oleh kerana ramai yang sambut and banyak parents dah kata nak sumbang tu nak sumbang nih, so, untuk tidak menjadi sahabat syaithonirojim, kami telah berpakat untuk tidak memasak dalam kauntiti yang biasa(banyak) petangnye..HAHAHA.. ye la kan..parents ade cakap nak bagi kek,jajan,biskut,dessert and so on. so, takkan nak paksa budak2 makan nasik/mee sebelum  celebrate..kompom2 budak tak lalu nak makan nanti kan..so, kami just bagi makan untuk alas perut and susu je la..ye la kan..budak2 bukannye boleh makan banyak sangat pon..except ade certain budak yang koat makan akan kami bagi la lebih kan..sebabnye, biasa kami buat bday party nih, kompom2 akan adenye balancing2 makanan terutama kek, mee..kalo part makanan ringan tu like a choc, sweet, jelly and others jajan tu memang kami pack dalam beg memasing..biar diorang bawak balik sebab kompom diorang tak dapat nak habiskan kat TASKA tu..lain la kalo yang overtime tu..ha, tyme tu memang akan adanya aksi gaduh2 dengan teacher dia yang jaga OT sebab nak bukak jajan tu..xnak tunggu balik umah nanti..padahal kita bagi kek ke makanan lain diorang TAKNAK! ngade lettew! sabo je laa..


#doaku moga majlis kami esok akan berjalan dengan lancar and dberkati ALLAH s.w.t ..AMIN2
#also thanks to parents BMKCKP yang sporting lagi mating..hehehe...(maap! ayat out op DBP) hiiiii
#HEPI BIRTHDAY kepada peeps yang birthday nya jatuh dalam bulan kemerdekaan ni ye.. (01.08-16.09) ku doakan moga korang always success and most success in ur life, ur kerjaya and so on..

SO, GOTCHA! (>,<)v

Sunday 20 July 2014

3 HARI LAGI

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Wah, macam mana iman dan jasad kalian..harap2 walafiat la hendaknya ye. Di kesempatan nih, aku nak ucapkan selamat berpuasa dan TAHNIAH! kepada yang belum lagi tuang dia punya puasa kecuali atas sebab2 yang boleh diterima syarak or tak pun darurat la sangatt kan!

Kini, seluruh dunia digemparkan dengan berita2 yang amat menyayat hati. Antaranya, #SABAH #GAZA #MH17 .. wallahua'lam..astaghfirullah al-azim!

Aku jugak nak ucapkan TAKZIAH kepada ahli keluarga bagi mangsa2 yang terlibat secara langsung mahupun tak langsung tak kira bangsa mahupun agama. Memang payah untuk diterima namun, itulah hakikat yang sudah termaktub oleh yang maha Esa..subhanAllah, maha suci Allah, Allahu Akhbar!

OK! berbalik ke niat asal aku update blog harini. 3 HARI LAGI.. its means 3 hari lagi untuk aku balik kampung halaman untuk berjumpa family and ols of my sanak saudara..waaa! tak sabaq nya..
Pernah aku cakap kat makcik, "tak sabar rasanya nak balik kampung raya nih!~"wink"~ (*-*).. pastu boleh pulak makcik jawab "haish, dah bape lame ko tak balik nih. semangat sungguh!" aku kira2 dalam otak. UPSS! last balik rasanya raya last year! hahahaa..patutlaa semangat sesungguh..hihiii..ape punya anak la aku nih kan.orang lain dok sebok kalo boleh tiap ujong minggu nak balik kampung jumpo mak ayah. aku pulak kalo tak raya or kelapangan plus kemampuan takde nye terpacak kat umah mak ayah d kampung. FYI, bukan kerana aku nih tak nak balik. Ini kerana (ha, amek ko ayat skema dah kua!) aku payah nak amek cuti and rasa tak berbaloi kalo balik kampung just untuk ujong minggu.penat la lau camtu kan. gpun kampung aku bukannya dekat and bukannya boleh naik kereta or bas malah jauh sekali ktm train bagai. Nak balik ke kampung aku kena beli tiket belon (kapal terbang) kerana tu je satu2nya transport yang ada untuk ke tanah tumpahnya darahku. pas turun dari flight tu kompom2 la kan naik kereta or something pengangkutan darat la kan untuk sampai ke kampung halaman.Takkan nak ke umah di kampung tu aku nak naik kapal terbang jugak. Agak2 la kan. Mau nye terbang bumbung umah mak ayah aku sekali dengan jiran2. Nak2 dekat raya nih. Mampus aku kena dengan jiran2 sebab rosakkan harta benda diorang. Opss! terlebih sudah! hihiii

3 hari lagi nak balik kampung! its also means, hanya tinggal 7 hari lagi untuk umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia nih..rasa sayang jugak kan nak berpisah dengan bulan yang hanya kita jumpa setahun sekali.. Insha'Allah, jika dilanjutkan usia and di izinkan Allah, akan adanya next Ramadhan untuk hamba2-Nya.. Amin2

7 hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita sebelum menjelangnya Syawal yang bahagia! wah, ko jah! Ramadhan mulia, Syawal bahagia.. macam syok je bunyinye.. ye la kan. Ramadhan kita dok perbanyakkan ibadat. syawal pulak kita bahagia sebabnya berbelanja sakan untuk beraya.Zulkaedah nanti baru terasa 'kekeringan'.HAHAA

Aku tak cakap orang lain! aku cakap tentang diriku sendiri. Ya la kan. time Ramadhan nih aku save budget untuk berbelanja benda2 biasa yang aku beli. just tertumpu untuk keperluan and kehendak tyme raya nanti. Untuk bulan Syawal yang bakal tiba nih, aku pun berbelanja habess. macam tak hengat akan adanya hari esok! habis raya nanti aku dok hadap biskut kuih yang aku beli tahap gila banyaknya tyme raya tu. dengan baju raya yang entah macam la aku banyak sangat cuti raya kan. masalah aku yang satu nih, baju raya tu aku beli berabis tapi nak pakai nya just untuk raya je. kalo nak pakai untuk pergi keja macam tak sesuai je.takkan aku nak p keja dengan baju merilap bagai. Paling2 pun aku just sarungkan baju kurung kain biasa tu je. Tak de makno ey aku nak dress up sangat. Paling2 baju kurung kain cotton plus pelembab muka and selipar jepun. HAHAHAA

Pagi tadi, as usually aku nih suka call mak aku tyme subuh2. Sebabnye aku tau mak aku mesti dah bangun. Tak pun kalo mata aku tak ngantok g mesti aku akan call mak aku jam 11 malam camtu. Itu pun kompom mak aku tetap angkat. Sebabnye, mak aku still bangun. Eh2, buka sebab terkejut dengar bunyi handphone ke apa. Tapi kan, mak aku nih jenis tido lewat and bangun nya pepagi subuh g. KECUALI tyme mak tak sihat. Ini kerana kalo aku call siang2 macam orang lain tu kompom mak aku tak layan aku. Bukan sekali dua bahkan always u know! tengah dia cakap dengan aku mesti mak akan cakap dengan orang lain. mak akan biarkan aku bercakap seorang diri malah aku pulak terpaksa dengar perbualan mak dengan orang2 lain tu. So, daripada aku sakit ati sebab tak dilayan and perabis kredit untuk dengar perbualan mak dengan orang lain yang tak ada kaitan dengan aku. Aku akan call tyme before mak tido ataupun pepagi subuh tyme mak dah siap bangun. Aku suka call tyme tu sebab, kalo before mak tido kompom orang lain dah tido and pepagi subuh pulak, tyme tu kompom mak cakap kat aku sorang je sebab orang ramai masih tido and have a privacy. Wah! ada paham kat situ. hihiii

Untuk raya tahun nih, semua family aku balik tapi ade jugak yang balik lewat. Antaranya, akak aku yang kat kelantan tu. Maybe raya kedua kot baru sampai. sebabnye, suami dia tak dapat cuti and plan awal nak balik raya pertama tapi flight kb-kch kan satu je untuk sehari. nak2 pulak flight untuk 28.7 tu pepagi sangat.takut tak sempat sampai airport tak ke naya. so, diorang plan nak naik 29.7 sebab flight jam 2.45pm..so, ade masa la nak ke airport dengan tak terkejar-kejar la kan. So far, yang lain semua dah ade kat kampung kecuali aku yang bakal balik 3 hari lagi..wieeee~ hihiii

Tapi kan, satu masalah aku yang masih belum dapat aku nak atasi sampai la nih. Part simpan barang..adoii, malas sungguh aku weh.kalo boleh aku nak balik dengan barang2 yang sudah tersimpan kemas dalam beg.maksudnya aku sebut je terus barang2 tu masuk sendiri dalam beg.boleh tak? hahaha.hakikatnya itu mustahil la kila oiii!nampak beno tahap kemalasan aku tu tak leh nak d ukur dah.hohooo


#p/s : di kesempatan nih, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN
          INSHA'ALLAH kalo rajin adanya update pasal raya. kalo tak jumpa dalam mimpi ja na.
        #kosongkosong

Sunday 19 January 2014

Simple Tapi Bermakna




Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..


Hye ols..ape khabar kalian..moga sentiasa sihat dan bahagia tak kira di mana sahaja, dengan siapa dan always tersenyum walaupun dalam duka..ini kerana senyum itu suatu terapi diri dan juga terapi untuk orang yang melihatnya..tapi! senyum tu hendaklah ikhlas lahir dari hati..bukan dari mulut yang sinis sekali.. dengan itu secara tidak lansung telah melakukan satu sedekah yang amat disukai Allah s.w.t .. Insha Allah..

Orait!

Bersempena dengan hari sabtu bersamaan 16 Rabiul'awal 1435 nih merupakan ulangtahun kelahiran my sis Nurshareeda yang ke-25 tahun.. kali ni besday my sis sambut kat umah makcik sebab nye akak kila bercuti kat umah makcik..kak shieyda dok kat umah makcik sebab husband dia which is my brother in law ada kursus kat wangsa maju selama 2 bulan camtu la..

FYI, my sis and his family had stay with us hampir seminggu dah..its means dari minggu lepas g dah diorang dah bersama dengan kami kat kajang nih..

Untuk besday kali nih, her husband ada kat umah sebabnye siang jumaat tu (17/01) dia balik jap kat kelantan sebabnye barangan untuk kursus tak cukup lengkap..abang bawak barang2 yang dia biasa bawak tyme pi kursus..alaa, macam dia selalu bawak tyme kursus before nih..tapi kan..kali nih pelik sikit..dah lah tak gtau kene bawak ape tup2 dia tanya pulak barangan yang tak pernah diorang bawak tyme kursus..so, terpaksa la balik kat kem kelantan tu untuk ambik barang2 seperti yang diarahkan..akak aku pun heran jugak..tak pernah lah abg pergi kursus siap bawak lebih dari dua buah beg..ni bukan takat lebih dua beg bahkan terpaksa balik untuk ambik barang2 yang entah ape2 pulak tu..

Bukan tu je..diorang siap kene bawak A4 paper satu rim, mineral water 500ml sekotak, beg duty (padahal diorang kursus mane penah bawak beg duty) dah gaya nak duty kat kem je dah..tapi tak tau la..diorang diarahkan untuk turut duty ke tak..wallahu'alam..

So, berbalik kepada hari nih.. awal2 lagi aku and akak shieyda masak nasi impit kuah kacang dengan popia sayur untuk makan2 je la kan..oleh kerana kami buat banyak dan rasa2nya tak mampu nak habiskan, kami hantar lah jugak kat jiran tetangga..haa, untuk makluman korang..kejiranan kami sini amat lah prihatin..kalau ade yang balik kpg ke kan and bawak buah2an dari kpg..la, tak kiran buah ke ikan bilis ke..diorang akan share jugak kat jiran sebelah umah..so, Alhamdulillah kami dapat jiran yang agak prihatin..

Tanggal tarikh keramat which is 18/01 ni jugak merupakan anniversary yang ke-10 Mok Ayot aku yang dok kat sarawak tu..bersama itu jugak merupakan genap setahun sebulan usia anak buahku yang kedua which is anak kak shieyda yang kedua yang kami dok panggil 'deq wawa'..Alhamdulillah, deq wawa sihat dengan gumuks nye..hiihiiii..pandai mak ko jaga makan ko ek..padahal badan mak ko(shieyda) tu kecik and kuruih ja..mace dop cukup make..hihiii

Erm, dikesempatan ni jugak, aku nak wish hepi besday to Nur Amirah Hasane pemilik blog Diari Rindu Muhsin & Mira yang turut menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-22 tahun..walaupun tak pernah bersua muka namun aku tertarik dengan keperibadian hidupnya walaupun hanya mengetahui dari laman sesawang twitter dan juga blog..saya doakan awak sentiasa bahagia with ur zauj until jannah, Insha Allah..

Nah, untuk santapan mata korang yang sudi dok membaca bebelan aku kali nih..thanks bebeh!

shieyda & his child: kak wanie


Deq Wawa