Friday 12 September 2014

WASPADA!

Bismillahirahmanirrahim..Assalamualaikum w.b.t and salam sejahtera ols!

Setelah sekian lama menyepi diri..(ceh!ayat macam nak mintak penampo sebijik!) malam ni dengan tahap kerajinan yang amat2 ciput aku nak jugak share bende ni kat uols..just untuk reminder kat diri and kat korang jugak la ye..

Alkisahnye cengghini, minggu lepas balik je dari kerja aku n family bersiap-siap nak ke umah member opis makcik pakcik sebab akak tu(member diorang ler) nak ke tanah suci bagi menunaikan rukun Islam yang ke-5 tu..Alhamdulillah..sampai seruan and dapat jemputan dari Allah s.w.t yang maha Esa untuk berkunjung di tempat-Nya..


KES 1 :PECAH CERMIN KERETA

Masa kejadian (03/09/2014:Rabu:8.55pm)
So, otw nak ke umah akak tu, kami lalu lah satu traffict light ni..terletak di area saujana impian,kajang sebabnye tempat yang kami nak p ni sg.ramal tu je..
Masa lampu merah tu, aku pelik jugak la kan orang tu tilik2 kat kereta kami..pastu dalam sekelip mata je aku nampak cermin kereta kat sebelah kanan kami part penumpang depan tu pecah..aku kira dalam masa lebih kurang 3saat je benda tu berlaku..tyme2 tu jugak lampu bertukar hijau..pelaku tu pulak slumber je dia..takde pulak pejut laju2 tyme lampu hijau tu..rileks je tapi tyme kami nak kejar tu boleh hilang sekelip mata..macam pelesit je..ghaib entah ke mana..kalo ikut kan hati pakcik nak langgar je moto tu tapi sukar sebabnye depan kami tu ade van yang macam hape entah..tak gerak2..maybe dia tak perasan ape dah berlaku kat sekeliling(sebelah) dia kot..pakcik siap tekan minyak dah..rasa aku maybe orang yang ade kat situ majo nye tak perasan sebabnye benda tu berlaku dalam masa yang terlalu singkat..aku pun tak tau pelaku tu guna ape kan untuk pecahkan cermin kereta tu sebabnye dengan sekali hentak je cermin ti pecah berlubang..nasib baik cermin tu ber'tinted' kalo tak memang dah lerai habis dah..yang kami perasan pelaku tu 2 orang, naik motor yamaha 125z..tp no plat x nampak...gelap!
Dari dalam kereta je kami nampak yang mangsa tu tergamam and her husband pun blur dengan situasi tersebut..dia keras je kat situ walaupun lampu dah hijau..aku nampak gurl tu sempat menyengetkan badan n kepala ke area pemandu..aku rasa kalo tak sempat elak kompom2 dengan kepala2 orang tu sekali yang kene hentak! lagi la teruk jadinye..nauzubillah!


KES 2:CURI KERETA + BELASAH

Semalam pulak (11/09/2014:Rabu:7.30am)
Tyme tu opkos la orang tengah sibuk2 nak ke tempat kerja la, nak hantar anak ke sekolah la tu la ni la kan..walaupun dengan kesibukkan di jalan raya yang tak pernah lengang tu, tidak terlepas jugak akan berlakunya hal2 yang sedemikian iaitu kes samun.
Tapi kalini berat siket. sebabnye yang kene tu makcik dalam lingkungan 40-an pas hantar anak kat sekolah. ceritanya, makcik tu baru je hantar anak dia ke sekolah pastu buat u-turn kat depan kajang perdana belah tangki air ni nak ke area semenyih tu. makcik tu dok area sg.chua..so, pas drop anak dia kat sekolah makcik tu nak ke tempat kerjanya di semenyih tu..tyme makcik tu nak buat u-turn, kereta dia kene langgar dari belakang. makcik pulak berhentikan keretanya kat tepi jalan tu (highway ok!) and makcik tu bukak la cermin siket. dan2 tu jugak makcik tu kene tumbuk and kene tarik keluar dari kereta oleh si penyamun penyangak yang tak bermoral tamadun tu ke depan kereta. makcik tu kene belasah kat kepala, badan, belakang, pinggang sehinggakan makcik tu tak mampu nak berdiri and terduduk je kat tepi jalan setelah kereta dan semua barang2 disamun. tinggal la makcik tu sehelai sepinggang dengan kepala berdarah..
Pakcik and makcik pulak baru je keluar dari area perumahan kami ni and terlihat akan kejadian..mula2 tu diorang tak perasan la kan..ingatkan eksiden je..sekali makcik nampak 3 orang lelaki dengan tangan and kaki terangkat2, makcik pun hairan la kan..takkan eksiden sampai angkat tangan kaki kot..pelik je..sekali perhati betul2 rupa2nya tengah dok belasah orang..ape lagi, pakcik terus tekan hon macam tak hengat sebab nak bagi pelaku tu tau ade orang nampak akan kejadian. so, pas tau je orang perasan, pelaku tu terus je pecut lari dengan kereta putih dan kereta curi(kereta makcik tu) kereta mangsa honda CRV baru plate no WA284 L warna kelabu gelap. so, if korang ternampak ke terjumpa ke ter ter ke just inform kat polis bagi membantu siasatan la ye..latest, kami dimaklumkan oleh makcik tu yang pihak polis sudah menjumpai handbag mangsa di tepi jalan area cheras. tu je! yang lain2 tu non-ado wat masa nih..doa2kan la ye moga kes tersebut selesai dengan secepatnye and pelaku tu akan terima balsan yang setimpal dengan perlakuan dia tu!



#p/s : INGAT! walaupun terlepas di dunia, akhirat kelak akan tetap dituntut yo!
        : berINGAT la sentiasa..karang nih aku macam rasa cuak jugak nak pergi kedai malam2..takut la
          kan..bukan boleh di jangka pun bende camni..mohon perlindunganmu ya RABB!

No comments: