Sunday 27 September 2015

Politeknik Kuching Sarawak

Assalamualaikum

Setelah sekian lama aku melangkah meninggalkan zaman belajar..ceh! siap berzaman mak ekau!
hahahaha
takde lah..tapi kan ade la dalam 3 tahun jugak la aku tak jejak poliku.edu tu..last sekali Nov 2012 kot..haa, korang nampak tak kat situ..siap ade perkataan 'kot'..itu menunjukkan tahap daya ingatan aku masa last paper dulu tu dah merudum jatuh..kalo bahasa kasar nye 'nyanyuk'..nyanyuk di usia I yang masih muda lagi ek..huuhuu

Ha, tujuan aku bukak entry ni sebabnye baru-baru ni aku menjejakkan kaki balik kat poliku.edu tu..
Oh my..ko sambung study ke kila?? oh..ohh no! bukan lah uols..tujuan aku ke sana sebab nak uruskan sijil diploma aku yang hilang..huhuuu
tapi kan..niat di hati memang la nak sambung study lagi..tapi kena tangguhkan dulu niat yang murni tu..kena fikirkan komitmen sekarang..haa, korang jangan ingat orang bujang trang tang tang bebas dari sebarang komitmen hidup ek! tolong siket!

So, bersempena 16 Sept yang kita semua tau..cuti kan..aku ambik peluang untuk balik kampung direct 16-20 Sept.. mak aku pulak ingat aku balik cuti awal sampai raya haji kat kampung..huuhuu..sedihh! tak dapat nak cuti lama mak..cuti sebelum raya ni pun aku dah syukur sangat sangat..

Rabu aku balik tu aku keluar dengan Dayang and Alice sebab diorang yang amik aku kat airport pagi tu..sampai-sampai je kat airport Alice dah hulurkan sarapan (thanks a lot beb!)..lepas siap makan Dayang pulak suruh aku drive..dengan alasan dia tak confident nak drive jauh-jauh..haa, korang jangan tak tau..meh sini aku nak habaq sikit..Dayang ni walaupun dah berkereta sendiri dia masih kurang keyakinan diri nak drive jauh-jauh..hari tu pun nasib ade Alice untuk bagi semangat kat dia nak drive sampai ke airport..kalo tak memang tak dan laa..

Rabu tu memang kami pulun habis keluar bersama ke pantai, mall, ziarah member tu ziarah member ni..hahahaa..balik-balik je jam dah 8.30 malam..bertuah tak bertuah punye anak..orang lain kalo balik kampung pi hantar barang dulu kat umah..aku pulak habis merata merayau baru ingat ke rumah..huhuu..sengal tak sengal!

Khamis nye pulak lepas hantar adik pergi kerja pagi tu aku pergi klinik gigi sebab nak tampal gigi. Kata nya nak tampal tapi aku tukar nak cabut pulak sebab kalo nak tampal kena buat temujanji..temujanji pulak kalo nak paling-paling pun bulan 11(November)..lama tak lama nak tunggu nye..risiko untuk gigi aku bertambah rosak sementara nak tunggu tarikh tu amat lah tinggi..So, aku ambik jalan pintas dengan cabut je la walaupun doktor dah larang sebab gigi aku masih sihat and elok..just lubang kecil je..So, dengan kedegilan aku..aku decide untuk cabut je dan kerana kedegilan aku, memang agak sukar jugak la nak cabut gigi tu sebab memang masih kukuh tak nak tanggal-tanggal..

Jumaat nye pulak pagi-pagi lagi aku terpaksa bersiap untuk ikut sepupu aku Kak Ijan pergi kerja..bukan sebab aku terlebih rajin nak tolong dia buat kerja kat offfice..cuma aku yang nak mintak tolong dia teman kan aku pergi urus sijil diploma aku yang hilang tu..sebenarnya yang mnghilangkan sijil aku tu adik dia tapi kerana adik dia( Saiful) outstation jadi dia yang volunteer temankan aku untuk buat report polis and pergi berurusan dengan pihak Politeknik Kuching Sarawak.

Pagi tu aku ikut Kak Ijan masuk ofis..lepas dia siapkan kerja yang ada dia temankan aku pergi buat report kat Balai Polis Sentral Kuching. Setelah membuat laporan and pihak polis keluarkan laporan bertulis, laporan tersebut aku bawak kat poli untuk dikepilkan bersama borang permohonan gantian sijil diploma yang hilang berserta bayaran RM50.00.

Oleh kerana hari Jumaat and seperti yang kita sedia maklum, ofis akan ditutup jam 11.30am. So aku sampai kat pejabat pentadbiran Bahagian HEP jam 10.15am and pihak HEP arahkan aku pergi ke Unit Peperiksaan..nak dijadikan cerita aku sampai je kat situ and tekan loceng kerani kat situ tanya kenapa and aku cakap la yang aku nak buat permohonan sijil diploma yang hilang..dia suruh aku isi borang yang perlu aku print out dari laman web sebab diorang dah kehabisan borang tu..aku dengan kelam-kabut menapak la ke cybercafe yang terletak nun di kawasan hostel..jauh nau! dah memang nasib aku kot..punye lah lama menunggu giliran gara-gara ramai student nak print kertas kerja diorang last-last sampai giliran aku boleh pulak lecture yang duty hari tu tegur aku nape online..Ya Allah! dah tu ape function internet kat cybercafe kalo tak digunakan untuk online inche' oii.. aku pulak buat donno je..lect tu tengok je aku..and line tenet time tu memang tenat kot..ciput je dia nak loading..makin la orang tu galak tegur aku suruh aku bagi laluan kat student dia dulu..tapi aku kan degil..aku tunggu jugak and time nak print tu boleh pulak printer aku tu jammed..bukan sebab tak ade paper tapi gara-gara budak before aku tu letak paper sumbat-sumbat camtu je sebab tu printer tu jammed..aku menggelabah la jugak mula nya..tapi aku calm down and try keluarkan semua paper and masukkan balik..lastly, done! print ok and aku pergi kaunter untuk bayar..

Masalah lain pulak timbul lepas tu..gara-gara stuck kat cybercafe tu aku sampai balik kat unit exam jam 1125am..OMG! sekali aku sampai kat depan pintu CLOSE! . stress giler aku..dah lah kalo nak tunggu bukak nye jam 2pm nanti..tak kan aku nak tercongok kat situ 2 jam lebih kot..agak-agak la kan..kalo nak keluar makan pun kat kantin je tu yang terdekat..poli dengan pekan amatlah jauh..makan masa setengah jam jugak..malas pulak nak ulang alik..kalo ulang alik kompom-kompon sejam masa terbuang..So, aku try mintak tolong kat bekas Penasihat Akdemik aku dulu (Encik Ermizam).. Alhamdulillah, dia boleh tolong aku passed kan documents tu kat unit exam minggu depan sebab dia pun tengah busy jugak..aku pulak say no problema la sebab nak tak nak aku kena iya kan je la..kalo tak terpaksa aku sendiri tunggu sampai office hour balik la kan..

Haa, untuk pengetahuan korang jugak aku tengok banyak perubahan dah kat poliku tu..dulu jalan dia dua hala tapi sekarang ni dah jadi sehala..so, kalo nak keluar tu memang nak kena pusing satu kampus tu merangkum bilik kuliah, makmal, bengkel, bangunan jabatan and pejabat pentadbiran yang gedabak tu..kalo tersalah masuk lorong memang nak kena tawaf balik la..nak reverse boleh tapi pastikan line clear..kalo tak ha, ko jawab la sendiri! (sebab 1:terlanggar kereta orang, sebab 2:berlakunya kesesakan lalu lintas, sebab 3: kena marah dengan guard yang bertugas/merayau sentiasa)

Balik dari Poli tu pergi ofis Kak Ijan..Kak Ijan buat kerja dia aku buat tak tau je dengan majalah solusi yang ada kat meja dia tu..nak baca novel tak dapat la pulak sebab aku balik kampung sah-sah tak bawak novel and Kak Ijan pulak bukan nya kaki novel macam aku..kalo ade buku pun jenis islamik-islamik je sebab dia bekerja pun Bahagian Kaunseling (BAKA) ; Hal Ehwal Islam di Ibu Pejabat Polis Sungai Maong..haa, korang agak-agak dia ada ke koleksi novel tak pun cerita cinta semua tu? paling-paling pun atas meja dia fail-fail kerja, majalah solusi, tafsir, buku-buku islamik je yang lain-lain tu NON-ADO!

Nak pinjam PC dia pun aku tak berani..bukan ape..aku tengok dia bukak kalo blog pun macam berkaitan dakwah2 je..tapi ada satu blog ni Kak Ijan and the geng memang jadi pengikut setia..Kak Ijan kata ayat penyampaian and cara owner tu berdakwah sempoi je..kalo korang nak tau boleh la sportcheck sendiri blog Inche Gabbana.

Hari tu aku sampai kat umah dekat jam 7pm sebabnye jalan jammed teruk.Kak Ijan kata memang dah jadi kebiasaan..pagi Isnin and petang Jumaat memang akan jammed teruk..otw balik tu kami singgah kat Hospital Jantung sebab nak ambik adik Kak Ijan yang kerja kat situ.Dari Hospital Jantung tu Alhamdulillah jalan ok sampai la ke rumah..balik je rumah mak aku rupanya dah siap masak..aku dengan semangat nye ambik pinggan and makan..tak lama lepas tu Syikin sampai terus joined aku sekali..mak aku just geleng kepala je sebab anak dara dia dua orang ni dengan perangai tak semenggah nye (tak mandi) terus makan..dah kenyang tu baru cepat-cepat mandi sebab tak maghrib lagi..hahaha

So, moral of the story :-
*jangan terlalu percaya kat orang yang rapat dengan korang sampai-sampai dokumen penting (sijil diploma original) pun diberi..berpada-pada sentiasa..jangan jadi macam aku..itu yang pakcik aku tegur, patut la setiap kali aku interview tapi tak lepas lebih-lebih lagi salinan sijil diploma pun aku takde(salah satu sebab) sebab mesti compay tu fikir aku ade masalah disiplin/hutang tak langsai/tak habis belajar/menipu/dll sebab aku gagal untuk tunjukkan sijil diploma masa ku mintak kerja gred N27.Sekarang ni aku just mohon kerja menggunakan sijil SPM je sebab nak kena tunggu sijil diploma yang baru keluar baru la aku boleh mohon menggunakan gred berpatutan..


Saturday 14 March 2015

3 Bulan Yang Lepas Punye Cerita



Assalamualaikum 

Pejam celik pejam celik dah masok bulan 3 tahun 2015 nih..lebih-lebih lagi tinggal kurang sebulan je lagi nak masok bulan 4 which mean GST akan terlaksana..
baru2 ni, aku dengar cerita dari member sekerja yang kat area kl, masjid india tu kecoh dengan himpunan untuk bantahan tentang perlaksanaan GST tu..mantan PM kita pun sarankan supaya dibatalkan je perlaksanaan tuh..

aku pun kureng setuju dengan perlaksanaan gst, memang la diuar-uarkan yang gst tu bukan dikenakan kat pengguna..rakyat secara tidak langsung walaupun ianya hanya dikenakan ke atas para pengusaha and yang berkaitan..TETAPI! secara tidak langsung, para pengguna/pembeli akan turut terlibat secara tidak sengaja. Ini kerana, pangguna/pembeli akan di'charge' secara halus..seperti mana dengan tax yang kita perlu bayar kat rest.makanan segera like kfc,pizza,md and so on la kan..kita tau, tapi kita beli jugak..dah lumrah manusia..tolak2 tapi tetap jugak menyumbang..huhuu

K2! aku tak nak masuk campur sangat.. gpun aku bukan nye reti sangat hal-hal dunia nih..selalu nye aku tau pun melalui member sekerja yang giat dok kongsi berita dunia terutamanye part harga minyak naik,gst,MRR2, ade mall baru, itu ini..and pape je la..ini disebabkan aku tak tengok tv and its mean aku tak tau sangat perkembangan sekeliling kecuali kalo ade orang yang dok cerita kat aku or aku terdengar orang bergosip bagai..hahahaa..ketinggalan sungguh diriku ini..



Kali nih, setelah sekian lama menyepi, aku nak share la sikit aktiviti yang aku buat untuk beberapa bulan yang lalu dalam tahun ni la kan..ini kerana tahap kemalasan untuk aku online amat2 la ditahap yang kritikal ya amat! hinggakan part nak transfer duit secara online pun aku  serahkan kat makcik ku yang terajin di rumah..hahhahaa..ko nampak tak kat situ tahap kemalasan aku camne??hihii
kalo part handphone abes bateri pun memang tak lepas..kompom terjadi punye! sekali aku check hp..aik! nape gelap je? sekali tekan2 butang..haish! rosak dah ke? ingat2 balik bila last cas hp and try cucuk charger..boleh pulak! ha! ko nampak kat situ? sampaikan makcik pakcik aku sarankan..dah! tak payah ko nak berhanphone la sangat..ade benda alah tu pun bukan reti nak jaga, kadang-kadang aku lupa letak kat man..tu boleh g nak buat miscall..yang tak leh tahan tu..kekadang aku terlupa nak simpan kat dalam beg kalo dah abes keja tu..sekali malam, kalo dah nak tido tu aku nak la jugak kan..cek kot-kot ade msg ke kan..sekali cari punye cari tak jugak jumpa..ingat-ingat balik tempat last aku letak..rupa-rupanya tertinggal kat tempat kerja..huhuu.. oh my bad!huhuu

Hari ni pulak, dengan tahap kerajinan yang boleh la..boleh laa..aku try nak tambahkan entry untuk tahun nih..first entry untuk tahun 2015! ko paham!! padahal tahun 2015 dah masuk bulan ke 3!.. Ya Ampun ko ni Kila! dah kenapa!

OK! berbalik ke cerita asal!

Mula-mula sekali aku nak cerita sikit start dari awal tahun sampai laa ni naa..yang aku ingat je la..yang tak ingat tu kiranya halal je la ye..hihiii


#dinner 

dinner with majikan and member sekerja

#dinner 2

sponsor by Encik Mustapha & Puan Nawar

dinner with nawrah & muslih family

with sha,k.ema,k.lai,nawrah,muslih,k.faz,en.mustapha,k.nawar
and eyka(baju merah : yang snap the pict)
dinner2 ni sume kami buat sempena member nak kawen (kak lai) and member yang nak berhenti kerja which is kak ema (sebab dah abis cuti sem kat UPSI), sha (sebab nak cont. dip kat poly kelantan), kak faz (balik kampung tolong family uruskan TASKA kat kok lanas). so, sekarang nih tinggal aku and kak lai,(as a pekerja lama) pastu eyka yang baru masuk and lini.





#Sunway Lagoon



Ni aku p bercuti dengan family kak sue..bercuti sempena nak celebrate adik dia cum member sekerja aku kat bondamama.. sha ni nak berhenti kerja sebab nak cont. study kat poly kelantan tu..mohon jurusan fesyen camtu..sekali dapat pulak IT.. dah try mintak tukar, dapat pulak seni bina..so, kami sarankan amek seni bina je la..aku pun minat part tu..haish! ape kaitan pulak dengan aku kan..huhuu



ha..ni la sha, berusia 19 tahun pada tahun nih! 
ko nampak tak plastik2 kat tangan ku tu? ha, tu la sarapan kami before masuk kat dalam tu.. as ols of u know la kan, nak masuk tu, TAK BOLEH bawak makanan! so, kami berkelah la kat area kaunter tu belah tepi tepi sikit untuk jamu selera..mula tu nak tunggu family member yang lain..tapi lambat sangat.. so, kami duluan la ye..
selain family kak sue..yang join kami sekali family adik kak sue..aku tak de simpan pict kami sume..aku ade sekeping dua je..so, maap ye..tak dapek den nak kepilkan kat sini..huhuu

ni je yang ade kat aku..yang aku rasa boleh laa..boleh laa..tu pun pict before kami mandi manda..pict yang naik itu naik ini memang aku tak ambik! kite ni kan, kalo dah focus ngan bejalan and benda sekeliling, sampai tak sempat nak pegang hp dah..itu la yang aku rasa sekarang nih! aku dah kureng dengan hp nih..tak tau nape!





ermm..aku rasa, takat ni je la kot untuk entry kali ni..selain dari aktiviti di atas seperti yang aku dok canang kat korang..ade lagi aktiviti lain yang aku buat and yang aku ingat..cumanya lah kan..aku rasa tahap kerajinan and semangat aku nak menaip and berdendang sayang ni dah merudum..bukan sebab mood aku terganggu dek hal-hal yang emosional lah sangat..tetapi entah!..k lah ye..bye!hehehe...cam kuang ajo je ayat last aku tu ye..maap la korang ya! hihii..daaa