Saturday 14 March 2015

3 Bulan Yang Lepas Punye Cerita



Assalamualaikum 

Pejam celik pejam celik dah masok bulan 3 tahun 2015 nih..lebih-lebih lagi tinggal kurang sebulan je lagi nak masok bulan 4 which mean GST akan terlaksana..
baru2 ni, aku dengar cerita dari member sekerja yang kat area kl, masjid india tu kecoh dengan himpunan untuk bantahan tentang perlaksanaan GST tu..mantan PM kita pun sarankan supaya dibatalkan je perlaksanaan tuh..

aku pun kureng setuju dengan perlaksanaan gst, memang la diuar-uarkan yang gst tu bukan dikenakan kat pengguna..rakyat secara tidak langsung walaupun ianya hanya dikenakan ke atas para pengusaha and yang berkaitan..TETAPI! secara tidak langsung, para pengguna/pembeli akan turut terlibat secara tidak sengaja. Ini kerana, pangguna/pembeli akan di'charge' secara halus..seperti mana dengan tax yang kita perlu bayar kat rest.makanan segera like kfc,pizza,md and so on la kan..kita tau, tapi kita beli jugak..dah lumrah manusia..tolak2 tapi tetap jugak menyumbang..huhuu

K2! aku tak nak masuk campur sangat.. gpun aku bukan nye reti sangat hal-hal dunia nih..selalu nye aku tau pun melalui member sekerja yang giat dok kongsi berita dunia terutamanye part harga minyak naik,gst,MRR2, ade mall baru, itu ini..and pape je la..ini disebabkan aku tak tengok tv and its mean aku tak tau sangat perkembangan sekeliling kecuali kalo ade orang yang dok cerita kat aku or aku terdengar orang bergosip bagai..hahahaa..ketinggalan sungguh diriku ini..



Kali nih, setelah sekian lama menyepi, aku nak share la sikit aktiviti yang aku buat untuk beberapa bulan yang lalu dalam tahun ni la kan..ini kerana tahap kemalasan untuk aku online amat2 la ditahap yang kritikal ya amat! hinggakan part nak transfer duit secara online pun aku  serahkan kat makcik ku yang terajin di rumah..hahhahaa..ko nampak tak kat situ tahap kemalasan aku camne??hihii
kalo part handphone abes bateri pun memang tak lepas..kompom terjadi punye! sekali aku check hp..aik! nape gelap je? sekali tekan2 butang..haish! rosak dah ke? ingat2 balik bila last cas hp and try cucuk charger..boleh pulak! ha! ko nampak kat situ? sampaikan makcik pakcik aku sarankan..dah! tak payah ko nak berhanphone la sangat..ade benda alah tu pun bukan reti nak jaga, kadang-kadang aku lupa letak kat man..tu boleh g nak buat miscall..yang tak leh tahan tu..kekadang aku terlupa nak simpan kat dalam beg kalo dah abes keja tu..sekali malam, kalo dah nak tido tu aku nak la jugak kan..cek kot-kot ade msg ke kan..sekali cari punye cari tak jugak jumpa..ingat-ingat balik tempat last aku letak..rupa-rupanya tertinggal kat tempat kerja..huhuu.. oh my bad!huhuu

Hari ni pulak, dengan tahap kerajinan yang boleh la..boleh laa..aku try nak tambahkan entry untuk tahun nih..first entry untuk tahun 2015! ko paham!! padahal tahun 2015 dah masuk bulan ke 3!.. Ya Ampun ko ni Kila! dah kenapa!

OK! berbalik ke cerita asal!

Mula-mula sekali aku nak cerita sikit start dari awal tahun sampai laa ni naa..yang aku ingat je la..yang tak ingat tu kiranya halal je la ye..hihiii


#dinner 

dinner with majikan and member sekerja

#dinner 2

sponsor by Encik Mustapha & Puan Nawar

dinner with nawrah & muslih family

with sha,k.ema,k.lai,nawrah,muslih,k.faz,en.mustapha,k.nawar
and eyka(baju merah : yang snap the pict)
dinner2 ni sume kami buat sempena member nak kawen (kak lai) and member yang nak berhenti kerja which is kak ema (sebab dah abis cuti sem kat UPSI), sha (sebab nak cont. dip kat poly kelantan), kak faz (balik kampung tolong family uruskan TASKA kat kok lanas). so, sekarang nih tinggal aku and kak lai,(as a pekerja lama) pastu eyka yang baru masuk and lini.





#Sunway Lagoon



Ni aku p bercuti dengan family kak sue..bercuti sempena nak celebrate adik dia cum member sekerja aku kat bondamama.. sha ni nak berhenti kerja sebab nak cont. study kat poly kelantan tu..mohon jurusan fesyen camtu..sekali dapat pulak IT.. dah try mintak tukar, dapat pulak seni bina..so, kami sarankan amek seni bina je la..aku pun minat part tu..haish! ape kaitan pulak dengan aku kan..huhuu



ha..ni la sha, berusia 19 tahun pada tahun nih! 
ko nampak tak plastik2 kat tangan ku tu? ha, tu la sarapan kami before masuk kat dalam tu.. as ols of u know la kan, nak masuk tu, TAK BOLEH bawak makanan! so, kami berkelah la kat area kaunter tu belah tepi tepi sikit untuk jamu selera..mula tu nak tunggu family member yang lain..tapi lambat sangat.. so, kami duluan la ye..
selain family kak sue..yang join kami sekali family adik kak sue..aku tak de simpan pict kami sume..aku ade sekeping dua je..so, maap ye..tak dapek den nak kepilkan kat sini..huhuu

ni je yang ade kat aku..yang aku rasa boleh laa..boleh laa..tu pun pict before kami mandi manda..pict yang naik itu naik ini memang aku tak ambik! kite ni kan, kalo dah focus ngan bejalan and benda sekeliling, sampai tak sempat nak pegang hp dah..itu la yang aku rasa sekarang nih! aku dah kureng dengan hp nih..tak tau nape!





ermm..aku rasa, takat ni je la kot untuk entry kali ni..selain dari aktiviti di atas seperti yang aku dok canang kat korang..ade lagi aktiviti lain yang aku buat and yang aku ingat..cumanya lah kan..aku rasa tahap kerajinan and semangat aku nak menaip and berdendang sayang ni dah merudum..bukan sebab mood aku terganggu dek hal-hal yang emosional lah sangat..tetapi entah!..k lah ye..bye!hehehe...cam kuang ajo je ayat last aku tu ye..maap la korang ya! hihii..daaa





No comments: