Sunday 20 July 2014

3 HARI LAGI

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Wah, macam mana iman dan jasad kalian..harap2 walafiat la hendaknya ye. Di kesempatan nih, aku nak ucapkan selamat berpuasa dan TAHNIAH! kepada yang belum lagi tuang dia punya puasa kecuali atas sebab2 yang boleh diterima syarak or tak pun darurat la sangatt kan!

Kini, seluruh dunia digemparkan dengan berita2 yang amat menyayat hati. Antaranya, #SABAH #GAZA #MH17 .. wallahua'lam..astaghfirullah al-azim!

Aku jugak nak ucapkan TAKZIAH kepada ahli keluarga bagi mangsa2 yang terlibat secara langsung mahupun tak langsung tak kira bangsa mahupun agama. Memang payah untuk diterima namun, itulah hakikat yang sudah termaktub oleh yang maha Esa..subhanAllah, maha suci Allah, Allahu Akhbar!

OK! berbalik ke niat asal aku update blog harini. 3 HARI LAGI.. its means 3 hari lagi untuk aku balik kampung halaman untuk berjumpa family and ols of my sanak saudara..waaa! tak sabaq nya..
Pernah aku cakap kat makcik, "tak sabar rasanya nak balik kampung raya nih!~"wink"~ (*-*).. pastu boleh pulak makcik jawab "haish, dah bape lame ko tak balik nih. semangat sungguh!" aku kira2 dalam otak. UPSS! last balik rasanya raya last year! hahahaa..patutlaa semangat sesungguh..hihiii..ape punya anak la aku nih kan.orang lain dok sebok kalo boleh tiap ujong minggu nak balik kampung jumpo mak ayah. aku pulak kalo tak raya or kelapangan plus kemampuan takde nye terpacak kat umah mak ayah d kampung. FYI, bukan kerana aku nih tak nak balik. Ini kerana (ha, amek ko ayat skema dah kua!) aku payah nak amek cuti and rasa tak berbaloi kalo balik kampung just untuk ujong minggu.penat la lau camtu kan. gpun kampung aku bukannya dekat and bukannya boleh naik kereta or bas malah jauh sekali ktm train bagai. Nak balik ke kampung aku kena beli tiket belon (kapal terbang) kerana tu je satu2nya transport yang ada untuk ke tanah tumpahnya darahku. pas turun dari flight tu kompom2 la kan naik kereta or something pengangkutan darat la kan untuk sampai ke kampung halaman.Takkan nak ke umah di kampung tu aku nak naik kapal terbang jugak. Agak2 la kan. Mau nye terbang bumbung umah mak ayah aku sekali dengan jiran2. Nak2 dekat raya nih. Mampus aku kena dengan jiran2 sebab rosakkan harta benda diorang. Opss! terlebih sudah! hihiii

3 hari lagi nak balik kampung! its also means, hanya tinggal 7 hari lagi untuk umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia nih..rasa sayang jugak kan nak berpisah dengan bulan yang hanya kita jumpa setahun sekali.. Insha'Allah, jika dilanjutkan usia and di izinkan Allah, akan adanya next Ramadhan untuk hamba2-Nya.. Amin2

7 hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita sebelum menjelangnya Syawal yang bahagia! wah, ko jah! Ramadhan mulia, Syawal bahagia.. macam syok je bunyinye.. ye la kan. Ramadhan kita dok perbanyakkan ibadat. syawal pulak kita bahagia sebabnya berbelanja sakan untuk beraya.Zulkaedah nanti baru terasa 'kekeringan'.HAHAA

Aku tak cakap orang lain! aku cakap tentang diriku sendiri. Ya la kan. time Ramadhan nih aku save budget untuk berbelanja benda2 biasa yang aku beli. just tertumpu untuk keperluan and kehendak tyme raya nanti. Untuk bulan Syawal yang bakal tiba nih, aku pun berbelanja habess. macam tak hengat akan adanya hari esok! habis raya nanti aku dok hadap biskut kuih yang aku beli tahap gila banyaknya tyme raya tu. dengan baju raya yang entah macam la aku banyak sangat cuti raya kan. masalah aku yang satu nih, baju raya tu aku beli berabis tapi nak pakai nya just untuk raya je. kalo nak pakai untuk pergi keja macam tak sesuai je.takkan aku nak p keja dengan baju merilap bagai. Paling2 pun aku just sarungkan baju kurung kain biasa tu je. Tak de makno ey aku nak dress up sangat. Paling2 baju kurung kain cotton plus pelembab muka and selipar jepun. HAHAHAA

Pagi tadi, as usually aku nih suka call mak aku tyme subuh2. Sebabnye aku tau mak aku mesti dah bangun. Tak pun kalo mata aku tak ngantok g mesti aku akan call mak aku jam 11 malam camtu. Itu pun kompom mak aku tetap angkat. Sebabnye, mak aku still bangun. Eh2, buka sebab terkejut dengar bunyi handphone ke apa. Tapi kan, mak aku nih jenis tido lewat and bangun nya pepagi subuh g. KECUALI tyme mak tak sihat. Ini kerana kalo aku call siang2 macam orang lain tu kompom mak aku tak layan aku. Bukan sekali dua bahkan always u know! tengah dia cakap dengan aku mesti mak akan cakap dengan orang lain. mak akan biarkan aku bercakap seorang diri malah aku pulak terpaksa dengar perbualan mak dengan orang2 lain tu. So, daripada aku sakit ati sebab tak dilayan and perabis kredit untuk dengar perbualan mak dengan orang lain yang tak ada kaitan dengan aku. Aku akan call tyme before mak tido ataupun pepagi subuh tyme mak dah siap bangun. Aku suka call tyme tu sebab, kalo before mak tido kompom orang lain dah tido and pepagi subuh pulak, tyme tu kompom mak cakap kat aku sorang je sebab orang ramai masih tido and have a privacy. Wah! ada paham kat situ. hihiii

Untuk raya tahun nih, semua family aku balik tapi ade jugak yang balik lewat. Antaranya, akak aku yang kat kelantan tu. Maybe raya kedua kot baru sampai. sebabnye, suami dia tak dapat cuti and plan awal nak balik raya pertama tapi flight kb-kch kan satu je untuk sehari. nak2 pulak flight untuk 28.7 tu pepagi sangat.takut tak sempat sampai airport tak ke naya. so, diorang plan nak naik 29.7 sebab flight jam 2.45pm..so, ade masa la nak ke airport dengan tak terkejar-kejar la kan. So far, yang lain semua dah ade kat kampung kecuali aku yang bakal balik 3 hari lagi..wieeee~ hihiii

Tapi kan, satu masalah aku yang masih belum dapat aku nak atasi sampai la nih. Part simpan barang..adoii, malas sungguh aku weh.kalo boleh aku nak balik dengan barang2 yang sudah tersimpan kemas dalam beg.maksudnya aku sebut je terus barang2 tu masuk sendiri dalam beg.boleh tak? hahaha.hakikatnya itu mustahil la kila oiii!nampak beno tahap kemalasan aku tu tak leh nak d ukur dah.hohooo


#p/s : di kesempatan nih, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN
          INSHA'ALLAH kalo rajin adanya update pasal raya. kalo tak jumpa dalam mimpi ja na.
        #kosongkosong

No comments: